saat itu aku masih kecil. aku duduk di ruang tamu atas riba abah. mak duduk di sebelah abah. yaya, abangku duduk disebelah mak. kami menonton tv, bersama. sambil diselangi dengan tawa. aku rindu saat itu. sekarang , masing-masing ada hal sendiri. abang di luar negara. adik-adikku busy dengan sekolah. mak dan abah penat bekerja. alangkah indah kalau semua orang boleh duduk di ruang tamu bersama . dan ketawa bersama. menangis bersama. berpeluk bersama. itu hanya impian yang sangat jauh untuk dicapai.
aku mahu jadi kecil semula.